Siapa Biadap Polis atau Pendemostran? :: cina islam 2011 ::
Arahan siapa kah sehingga pihak polis sanggup menangkap rakyat yang tidak bersenjata dan tidak boleh membahayakan sesiapa pun. Kalau dilihat dari video pihak polis lah yang membuat provokasi terlebihi dahulu. Mereka cuma berkumpul dan mahu suarakan pandangan rakyat malaysia sahaja. Sepatutnya pasukan keselamatan cuma memantau dan sekiranya terdapat kekacauan barulah ambil tindakan utk menyelesaikannya bukan membuat provokasi.
Tujuan pasukan keselamatan membuat provokasi adalah untuk menunjukkan bahawa pendemo lah yang buat kacau dan merusuh terlebih dahulu. Ini bermakna demontsrasi ini akan menyusahkan peniaga dan orang ramai sepertimana kebiasaan. Apa yang menjadi kemusykilan adalah sekiranya perhimpunan atau demontrasi dilakukan oleh penyokong kerajaan seperti PERKASA, Pemuda Umno mereka dikawal dan tidak ada provokasi dibuat. Adakah ini menunjukkan satu keadilan! sekiranya keadaan ini terus berlaku lambat laung rakyat akan bangkit utk menukar kerajaan. Tambahan lagi dengan adanya perkembangan yang berlaku di Mesir dan dibeberapa negara lain ketika ini yang memberikan inspirasi kepada rakyat malaysia utk bertindak lebih lanjut.
Oleh itu kerajaan seharusnya membuat sesuatu sebelum terlambat, tambahan lagi tempoh pilihanraya kian hampir.
Popular Posts
-
Video: Ditangkap Selepas Demo? :: cina islam 2011 ::#comment-form#comment-form#comment-form#comment-form#comment-form#comment-form Kenapa ...
-
Siapa Biadap Polis atau Pendemostran? :: cina islam 2011 :: Arahan siapa kah sehingga pihak polis sanggup menangkap rakyat yang tidak bers...
-
Assalamualikum, Pada ketika ini terdapat beberapa pendapat di kalangan ahli politik bahawa agama dan politik tak boleh campur, betul ke? Man...
No comments:
Post a Comment