Video: Ditangkap Selepas Demo? :: cina islam 2011 ::#comment-form#comment-form#comment-form#comment-form#comment-form#comment-form
Kenapa setiap kali demonstrasi yang di anjurkan oleh pembangkang ada saja tangkapan dibuat tetapi bila dianjurkan oleh pihak atau penyokong kerajaan tidak ada sebarang tangkapan dibuat? Semua pihak perlu cari jawapan ini dulu. Apa adakah demo yg dibuat oleh penyokong kerajaan semua baik dan berdisiplin?
Keadaan ini menunjukkan bahawa terdapat sesuatu agenda di pihak kerajaan yang perlu diketahui oleh setiap rakyat. Bila pihak pembangkang buat demo mereka akan kata akan menyusahkan rakyat, merugikan peniaga, tak elok dilihat oleh pelancong dan macam2 lagi. Sebaliknya tidak berkata apa2 bila pihak penyokong kerajaan melakukan demonstrasi. Sedarkah sahabat semua akan perkara ini.
Sepatutnya polis hanya perlu membuat kawalan dan membuat pemerhatian keatas kumpulan demo dan mengambil tindakan jika terdapat perkara yg boleh membuat keadaan tidak terkawal, bukan nya membuat provokasi kpd pendemo dengan menolak, menyembur air, memukul, memaki dan berbagai lagi. Dari bukti yg ada, keseluruhan kejadian pihak polis lah yang memulakan provokasi keatas pendemo. Keadaan akan jadi aman jika polis membuat kawalan sahaja kerana pendemo tahu jika mereka bertindak ganas mereka akan ditangkap. Jadi mereka cuma berkumpul dan bergerak kearah kedutaan Amerika utk serahkan memoremdom. selesai.
Cuba lihat demo yg dibuat oleh pendemo di England, US, Rusia dan berbagai negara lain dalam isu mesir ini tiada tangkap dilakukan pun. Polis hanya mengawal dan melihat pendemo meluahkan rasa hati mereka. Kenapa tiada tangkapan dibuat..... kerana tiada provokasi dari polis. Dari kejadian ini dan sebelumnya memanglah menjadi agenda pihak tertentu utuk memburukkan pembangkang yang mana sentiasa membuat keganasan dan suka menghuruharakan negara.
Kepada yang terlibat atau ditangkap bawa lah perkara ini dengan bukti2 yang ada ke muka pengadilan dan lihat siapakah yg betul dan siapa yang salah. Biasa jika melibatkan pembangkang perbicaraan cepat dibuat. Fikir2kan lah.
Popular Posts
-
Video: Ditangkap Selepas Demo? :: cina islam 2011 ::#comment-form#comment-form#comment-form#comment-form#comment-form#comment-form Kenapa ...
-
Siapa Biadap Polis atau Pendemostran? :: cina islam 2011 :: Arahan siapa kah sehingga pihak polis sanggup menangkap rakyat yang tidak bers...
-
Assalamualikum, Pada ketika ini terdapat beberapa pendapat di kalangan ahli politik bahawa agama dan politik tak boleh campur, betul ke? Man...
Saturday, February 5, 2011
Friday, February 4, 2011
Siapa Biadap Polis atau Pendemostran? | :: cina islam | 2011 ::
Siapa Biadap Polis atau Pendemostran? :: cina islam 2011 ::
Arahan siapa kah sehingga pihak polis sanggup menangkap rakyat yang tidak bersenjata dan tidak boleh membahayakan sesiapa pun. Kalau dilihat dari video pihak polis lah yang membuat provokasi terlebihi dahulu. Mereka cuma berkumpul dan mahu suarakan pandangan rakyat malaysia sahaja. Sepatutnya pasukan keselamatan cuma memantau dan sekiranya terdapat kekacauan barulah ambil tindakan utk menyelesaikannya bukan membuat provokasi.
Tujuan pasukan keselamatan membuat provokasi adalah untuk menunjukkan bahawa pendemo lah yang buat kacau dan merusuh terlebih dahulu. Ini bermakna demontsrasi ini akan menyusahkan peniaga dan orang ramai sepertimana kebiasaan. Apa yang menjadi kemusykilan adalah sekiranya perhimpunan atau demontrasi dilakukan oleh penyokong kerajaan seperti PERKASA, Pemuda Umno mereka dikawal dan tidak ada provokasi dibuat. Adakah ini menunjukkan satu keadilan! sekiranya keadaan ini terus berlaku lambat laung rakyat akan bangkit utk menukar kerajaan. Tambahan lagi dengan adanya perkembangan yang berlaku di Mesir dan dibeberapa negara lain ketika ini yang memberikan inspirasi kepada rakyat malaysia utk bertindak lebih lanjut.
Oleh itu kerajaan seharusnya membuat sesuatu sebelum terlambat, tambahan lagi tempoh pilihanraya kian hampir.

Subscribe to:
Posts (Atom)