Popular Posts

Friday, September 25, 2009

PENDAPAT POLITIK DAN AGAMA

Assalamualikum,

Pada ketika ini terdapat beberapa pendapat di kalangan ahli politik bahawa agama dan politik tak boleh campur, betul ke? Mana nas atau hadis yang nyatakan demikian.

Contoh yang terbaik perlu semua ikuti adalah junjungan besar kita iaitu Nabi Muhamad SAW . Baginda telah memberikan contoh terbaik terutama dalam mengendalikan sebuah negara. Proses mengendalikan sebuah negara perlu mempunyai kemahiran dalam berpolitik dan dalam masa yang sama perlu mejadi pemimpin yang jujur, tegas, berani, ikhlas dan amanah. Bagi menetukan sebuah negara ditadbirkan dengan baik setiap ketua negara perlu berpandukan kepada agama masing-masing. Sedar tidak sedar sebenarnya negara-negara barat tidak pisahkan agama dan politik dimana contohnya Negara England apa saja yang dibuat adalah kerana agama. Sebab itu lah ada perang salib. Mereka cuba menakluk negara lain atas sebab ingin memperkembangkan agama mereka. Ini adalah sebahagian contoh yang menguatkan hujah agama dan politik tak boleh dipisahkan.

Bila British datang ke negara kita mereka tidak mahu menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia yang mana majoritinya adalah Islam. Mereka ambil segala hasil bumi kita dan mereka tak sentuk hal agama dengan memberikan kuasa berkaitan agama kepada sultan-sultan sebagai pemerintah pada ketika itu. Walaupun sultan sebagai pemerintah mereka perlu mematuhi resident British dalam bidang politik kecuali agama. Keadaan ini berlarutan sehingga sekarang.
ini adalah sebahagian dari agenda musuh islam.

Apa yang sepatutnya perlu dibuat oleh pemerintah adalah apa saja yang ingin dilakukan atau dirancang perlu melihat apa kata agama dulu baru lakukan agar ia tidak bertentangan dengan agama islam. Bukan buat dulu baru nak rujuk pada apa kata agama. Mana mungkin agama dan politik boleh dipisahkan kerana semua yang dilakukan perlu berlandaskan agama. Contoh jika pemimpin berjanji ia perlu di kotakan kerana agama yang kata begitu. Menjadi pemerintah adalah satu amanah bukan satu keistimewaan, sebab itu lah pemimpin yang jadikan jawatan itu satu keistimewaan selalunya mementingkan diri dan bukan rakyat. sentiasa berbohong dan menerima rasuah. Bagi pemimpin yang menjadikan jawatan sebagai satu amanah akan sentiasa merujuk kepada agama terlebih dahulu sebelum tindakan diambil. Lihat kepada kejayaan pemerintah islam dahulu seperti semua sahabat nabi dan khalifah selepasnya. Kejatuhan pemerintah islam berlaku setelah mereka tidak lagi merujuk kepada agama malah mendahulukan peribadi daripada rakyat.

Kita harus ingat bagi musuh islam apabila kita pisahkan politik dan agama maka kita tidak lagi rujuk pada agama tetapi pada logik, boleh menipu, tak tepati janji, buat apa saja tak menjadi kesalahan dan sebagainya.

Dari hujah diatas saya ingin nyatakan bahawa setiap apa saja yang ingin kita lakukan perlu merujuk kepada agama dulu baru kita laksanakan. Ini termasuklah dalam berpolitik.

Mohon pendapat tuan puan. Wassalam